P.061 Padang Rengas, Perak.

Ahli Parlimen: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-UMNO)

N.19 DUN Chenderoh

Ahli DUN: Dato' Siti Salmah Mat Jusak (BN-UMNO)

N.20 DUN Lubok Merbau

Ahli DUN: Haji Mohamad Zainuddun Mohd Yusof(PAS)


29 Januari 2009

Ziarah Ahli Vetran UMNO Kampung Seberang Karai Selasa 27 Januari 2009:

Jawatankuasa Kebajikan UMNO Bahagian Padang Rengas membuat lawatan dan ziarah ahli-ahli vetran UMNO yang uzur di samping menyampaikan sumbangan penghargaan. Sumbangan telah disampaikan oleh Naib Ketua Bahagian Cikgu Zainon bin Mat Noor.Semangat dan setia mereka kepada perjuangan UMNO masih utuh walaupun usia sudah lanjut.Kami rasa terharu kerana semangat perjuangan terus membara kepada Tuan Haji Said bin Lasim dan Pak Rukun bin Itam Haron yang sedang meniti umur melebihi 92 tahun.
(Haji Abdul Rahim Haji Musa)