P.061 Padang Rengas, Perak.

Ahli Parlimen: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-UMNO)

N.19 DUN Chenderoh

Ahli DUN: Dato' Siti Salmah Mat Jusak (BN-UMNO)

N.20 DUN Lubok Merbau

Ahli DUN: Haji Mohamad Zainuddun Mohd Yusof(PAS)


11 Mac 2010

GERAI TERBUKA CHANGKAT DUKU

07 Mac 2010 Sauk:
Pembinaan 3 yunit Gerai Terbuka di Kampung Changkat Duku Sauk Perak telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri Aziz,Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.
Yang Berhormat berharap peniaga-peniaga yang terpilih dapat berniaga sepenuh masa kerana lokasi dan laluan menghubungkan pantai Barat ke pantai Timur.
(Hj Abd Rahim Hj Musa)

07 Mac 2010

JUARA RAKYAT

05 Mac 2010 Dewan Semarak SMK Tun Perak Padang Rengas
Serama i675 Ahli Jwatankuasa Kemajuan Kampung dalam Parlimen Padang Rengas hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Yang Berhormat Dato Siti Salmah Binti Mat Jusak ADUN Chendroh serta lain-lain pemimpin tempatan.
Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Nazri menegaskan bahawa setiap ahli JKKK wajib menjadi juara dalam setiap aktiviti ekonomi,perkhidmatan masyarakat dan menjadi penyokong kuat kepada kerajaan Negeri Perak, yang dipimpin oleh YAB Datuk Ser Dr Zambry Abd Kadir.

(Hj Abd Rahim Hj Musa)

06 Mac 2010

JUARA RAKYAT

Assalamualikum,salam satu Malaysia.
401Jandabaik menjadikan semua kita wajib melakukan sesuatu yang boleh menjadikan iklim politik ke arah penyatuan Melayu yang kental.
Jika 401Jandabaik membiak matlamat yang dihajat pasti terjelma.
Rebutlah.. Juara itu milik kita.

(A Rahim HM)