P.061 Padang Rengas, Perak.

Ahli Parlimen: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-UMNO)

N.19 DUN Chenderoh

Ahli DUN: Dato' Siti Salmah Mat Jusak (BN-UMNO)

N.20 DUN Lubok Merbau

Ahli DUN: Haji Mohamad Zainuddun Mohd Yusof(PAS)


14 April 2009

WAKIL RAKYAT TURUN PADANG

YB Dato Seri Mohamed Nazeri Aziz setelah dilantik semula menganggotai Kabinet meneruskan teradisi berjumpa dengan rakyat bagi Parlimen Padang Rengas. Majlis ramah mesra bersama 45 JKKKP dengan Jawatankuasanya telah diadakan di Sek Men Tun Perak pada 11 April 2009 dan turut hadir Dato Ghazali Jalal, Pegawai Daerah Kuala Kangsar.
Pada majlis tersebut, Dato Seri Mohamed Nazeri telah menyumbang RM45,000 kepada 45 Pengerusi JKKKP bertujuan untuk pengurusan dan pentadbiran di peringkat kampung masing-masing.
Beliau berharap setiap Pengerusi dan ahli Jawatankuasa dapat menjalankan amanah yang berkesan dan besedia mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
(Hj Abd Rahim Hj Musa)

03 Mac 2009

PROGRAM BUMI HIJAU

Pada 3 Mac 2009 JKKKP Seberang Karai telah mengadakan kursus menanam sayur dan memproses telur masin dihadiri seramai 60 orang.Pejabat Pertanian Lubok Merbau bersama Biro Pertanian UMNO Bhg Pdg Rengas memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti berkaitan.

(Pengerusi Biro Pertanian)

KEBODOHAN JELAS

Pesidangan DUN Pakatan Rayat pada 3 Mac 2009 di bawah pokok dengan dilihat oleh rakyat Malaysia mencerminkan corak pemerintahan yang telah dilakukan 11 bulan yang lalu.Sikap dan tindakan yang amat bodoh, membelakangkan undang-undang dan mengamal budaya biadap
perlu ditolak oleh setiap rakyat.
Yang jelas YB Mohamad Nizar mempaparkan parti yang diwakili dan anak watan Perak yang lupa diri.Gelagat ini akan terpahat dalam sejarah.Akan tersenyum cucu-cucunya nanti.
(Bamboo Runcing)

04 Februari 2009

ADUN PAS PERAK....Fikirkanlah

RABU 04 Feb 2009:
Berakhirnya kerajaan PR di Perak memberi peluang mana-mana ADUN Pas turut sama masuk ke kem bebas bagi membolehkan kerajaan yang ditubuhkan nanti lebih kuat. Usah tunggu jika Agama dan Bangsa mahu dipertahankan.Inilah masanya.Jangan sia-siakan peluang yang dianugerah oleh Allah.
(Bamboo Runcing)

29 Januari 2009

Ziarah Ahli Vetran UMNO Kampung Seberang Karai Selasa 27 Januari 2009:

Jawatankuasa Kebajikan UMNO Bahagian Padang Rengas membuat lawatan dan ziarah ahli-ahli vetran UMNO yang uzur di samping menyampaikan sumbangan penghargaan. Sumbangan telah disampaikan oleh Naib Ketua Bahagian Cikgu Zainon bin Mat Noor.Semangat dan setia mereka kepada perjuangan UMNO masih utuh walaupun usia sudah lanjut.Kami rasa terharu kerana semangat perjuangan terus membara kepada Tuan Haji Said bin Lasim dan Pak Rukun bin Itam Haron yang sedang meniti umur melebihi 92 tahun.
(Haji Abdul Rahim Haji Musa)